Friday, March 19, 2010

Solat Sunat Dhuha

Solat Sunat Dhuha adalah solat yang dikerjakan pada waktu matahari sedang naik. Sekurang-kurangnya bilangan rakaat di dalam solat sunat ini adalah sebanyak 2 rakaat, namun begitu ianya boleh juga di lakukan sebanyak 4,6,8 rakaat mengikut kemampuan individu. Mengenai waktu menunaikannya, solat sunat dhuha ini dilakukan ketika mana matahari sedang naik setinggi 7 hasta (Anggaran waktu Malaysia adalah pada jam 8 pagi sehinggalah masuk waktu Zuhur)


Niat solat 2 rakaat:


Maksudnya:
"Sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"


Baca doa ini ketika sujud yang terakhir:



Dan doa setelah selesai solat:



Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh
.


Hadis yang berkaitan:

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a :
Bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan Solat Dhuha, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosanya itu sebnyak buih dilautan."

Diriwayatkan dari Abu Zar, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dua rakaat solat dhuha mencukupi sedekah untuk seluruh badan manusia"

0 comments: