
Berikut adalah beberapa tips untuk menghadapi peperiksaan.
1) Makan makanan yang berkahsiat bagi memstikan badan sihat dan mengelakkan keracunan makanan sepanjang musim peperiksaan.
2) Dapatkan tidur dan rehat yang secukupnya terutamanya pada malam peperiksaan.
3) Jika boleh jangan mengahafal atau membaca apa-apa nota pelajaran 2 jam sebelum peperiksaan. Ini boleh menyebabkan pelajar "blank" dan hanya mengingat apa yang di baca sebelum masuk ke dewan peperiksaan.
4) Bertenang dan cuba untuk jawab soalan yang lain dahulu. setelah selesai ulang semula soalan-soalan.
Doa untuk Mengulangkaji Pelajaran- Doa memulakan ulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”- Doa selepas mengulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”
Doa Pada Hari Peperiksaan
Dicadangkan agar doa-doa berikut dibaca pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:
1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”
2. Ketika menerima kertas soalan:
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”
3. Ketika sukar menjawab:
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
4. Atau:
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”
5. Jika anda terlupa jawapan:
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.
credit to Pn.Noraizah Mara Australia
Sunday, April 11, 2010
Doa Pelajar
Friday, April 2, 2010
Usaha Menangani Fitnah DAJJAL
Usaha Menangani Fitnah dan Tipudaya Dajjal
1) Dari Abu Darda' r.a Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Siapa yang menghafaz 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi terpelihara daripada dajjal." (Sahih Muslim, No809)
-Bukan sekadar menghafaz, yg lebih penting memahami dan mengambil pengajaran
2) Daripada Ali, daripada Rasulullah SAW,
"Sesiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, ianya dihindari dari dosa besar selama 8 hari, dari setiap fitnah yang muncul. Dan sesungguhnya apabila munculnya dajjal, terpeliharalah darinya." (Al-Dhurr Al-manthur oleh al-Suyuti 5:355)
-Bukan sekadar membaca, yg lebih penting memahami dan mengambil pengajaran
-Boleh rujuk Tafsir Fi ZilalilQuran karangan Syed Qutb
3) Doa selepas tahiyat akhir, sebelum memberi salam
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَ مِنْ فِتْنَةِالْمَحْيَا وَ الْمَماَتِ وَ مِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ
يَامُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قُلُوبَنَا عَلَى دِيْنِكَ وَعَلَى طَاعَتِكَ
(Allahumma Inni a'uuzubikamin 'azaa bijahannam. Wa min 'azaabilqabr. Wa min fittnatil mahyaa walmamaat. Wa min fittnatil masiihiddajjaal. Ya muqallibal quluub. Tsabbit quluubana 'ala dinik wa 'ala to'atik)
Ertinya : Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dari azab neraka jahannam dan dari azab kubur dan dari fitnah kehidupan dan kematian dan dari seluruh keburukan fitnah Dajjal. Wahai Tuhan yg membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu. (Sahih Bukhari no 834, 2/410)
Fitnah Dajjal itu bukan pada kekuatan fizikalnya memusnahkan kehidupan seperti Yakjuj dan Makjuj.
Fitnah Dajjal adalah fitnah INTELEKTUAL. Sesuatu yang sangat abstrak pada menukar baik menjadi buruk dan buruk menjadi baik.
(saifulislam.com)
Kesimpulannya, perkukuhkan ilmu fardhu ain supaya dapat memperkukuhkan akidah sehingga tidak dapat diperdaya oleh Syaitan dan Dajjal. Remember, dalam surah Kahfi, Allah mengeji orang2 yg berpegang kepada suatu kepercayaan yg tidak berasaskan ilmu yg sahih.
credit to Pn.Salilah binti Saidon.Thank you.:)

